Rencana : COVID-19: Kes Aktif Menurun, Kes Sembuh Hampir 90 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 12 Jun hingga pukul 8:30mlm 18 Jun 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 680 ribu. Di peringkat global, lebih 178 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.8 juta. Lebih 162 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kadar kesembuhan tinggi pesakit COVID-19 menurunkan jumlah kes aktif koronavirus maut dalam negara dan setakat hari ini, jumlah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 65,602 kes. Ini berbanding jumlah kes aktif tertinggi yang dilaporkan pada 6 Jun 2021 sebanyak 86,628 . Pada Jumaat 18 Jun 2021, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 6,861 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 615,326 (89.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments