Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Bawah Enam Ribu, Kes Sembuh Hampir 90 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 12 Jun hingga pukul 12:00tgh 18 Jun 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 670 ribu. Di peringkat global, lebih 178 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.8 juta. Lebih 162 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Rekod kes harian baharu COVID-19 stabil di bawah angka enam ribu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (12 hingga 17 Jun 2021) sementara jumlah kumulatif kes pesakit yang pulih hampir 90 peratus. Semalam (17 Jun 2021), Malaysia mencatat 5,738 kes harian baharu, menjadikan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 66,097 kes, sementara kes kumulatif sebanyak 678,764 kes. Selangor terus mencatat kes harian baharu tertinggi dan semalam merekod sebanyak 1,858 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 1,086 kes dan WP Kuala Lumpur sebanyak 641 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments