Rencana : COVID-19: Laluan Getir Kawal Lonjakan Kes, Kes Aktif Lebih 83 Ribu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Mei hingga pukul 12:00tgh 4 Jun 2021 Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia menghampiri 600 ribu. Di peringkat global, lebih 172 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.7 juta. Lebih 155 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Masuk hari ketiga fasa satu Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), negara masih bergelut dengan jumlah kes harian baharu COVID-19 yang tinggi di samping rekod kes harian kematian tiga angka. Semalam (3 Jun 2021), sebanyak 8,209 kes harian baharu dilaporkan dengan Selangor menunjukkan lonjakan kes sebanyak 3,125, dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 801 kes dan Johor 752 kes. Kes harian baharu tertinggi untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Mei hingga 3 Jun) direkod pada Sabtu 29 Mei iaitu sebanyak 9,020 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments