Rencana : COVID-19: Malaysia Dibebani Lebih 84 Ribu Kes Aktif, 883 Kes Di ICU


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Mei hingga pukul 8:30 mlm 4 Jun 2021 Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 600 ribu. Di peringkat global, lebih 172 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.7 juta. Lebih 155 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Masuk hari keempat fasa satu Sekatan Pergerakan Penuh (SPP), negara masih bergelut dengan jumlah kes harian baharu COVID-19 yang tinggi sehingga mencecah sembilan ribu di samping rekod kes harian kematian meningkat tiga angka. Sebanyak 7,748 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini (4 Jun), menjadikan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan di negara ini meningkat kepada 84,369 kes, sementara kes kumulatif melepasi paras 600,000 kepada 603,122 kes Selangor masih mencatat kes harian baharu tertinggi hari ini sebanyak 2,612 kes, dikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 851 kes dan Negeri Sembilan 709 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments