Rencana : COVID-19: Tempat Kerja "Lubuk Koronavirus Maut", Kluster Aktif 755


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah rangkuman TERKINI mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Jun hingga pukul 8:30mlm 11 Jun 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 646 ribu. Di peringkat global, lebih 175 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.7 juta. Lebih 159 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kemunculan berterusan kluster baharu terutama kluster tempat kerja sepanjang pelaksanaan fasa satu Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) setakat ini boleh menggugat usaha kerajaan membendung penularan wabak koronavirus maut COVID-19. Untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 5 Jun hingga 11 Jun 2021 (Rangkuman Mingguan) sahaja, berdasarkan laporan harian KKM, sebanyak 154 kluster baharu dilaporkan dan 109 (70.8 peratus) daripadanya adalah kluster tempat kerja. Jumlah kluster baharu tertinggi dilaporkan pada 6 Jun 2021 sebanyak 30 kluster dan 18 daripadanya adalah kluster tempat kerja, dengan tujuh (7) dilaporkan di Johor. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments