Rencana : COVID-19: Gelombang Ketiga Membadai, Dua Hari Kes Harian Baharu Lebih 20 Ribu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 31 Julai hingga pukul 8:30 mlm 6 Ogos 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.2 juta kes. Di peringkat global, lebih 201 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.2 juta. Lebih 181 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Negara berdepan "Gelombang Ketiga" Pandemik COVID-19 dengan rekod kes harian baharu melepasi 20 ribu untuk dua hari berturut-turut, sementara kes kumulatif kematian mencatat lima angka. Lonjakan kes empat angka di LIMA buah negeri iaitu Selangor (8,792 kes), WP Kuala Lumpur (2,483 kes), Kedah (1,371 kes), Sabah (1,291 kes) dan Johor (1,275 kes) menyumbang sebanyak 15,212 kes atau 72.82 peratus kepada 20,889 kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini. Hari ini adalah hari kedua Malaysia mencatat kes harian baharu melepasi angka 20 ribu juga angka yang tertinggi, sejak pertama kali kes COVID-19 dikesan di negara ini pada 25 Januari 2020. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments