Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Lepasi 20 Ribu; Kumulatif Kematian Lima Angka


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 31 Julai hingga pukul 12:00tgh 6 Ogos 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.2 juta kes. Di peringkat global, lebih 201 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.2 juta. Lebih 181 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Negara berdepan "Gelombang Ketiga" Pandemik COVID-19 dengan rekod yang membawa duka membayangi negara semalam (5 Ogos), kes harian baharu melepasi angka 20 ribu, sementara kes kumulatif kematian mencatat lima angka. Lonjakan kes empat angka di enam buah negeri iaitu Selangor (8,549 kes), WP Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446 kes), Johor (1,300 kes), Sabah (1,062 kes) dan Pulau Pinang (1,022 kes) menyumbang sebanyak 15,542 kes atau  75.5 peratus kepada 20,596 kes harian baharu COVID-19 semalam. Rekod 20,596 kes itu juga yang tertinggi setakat ini, sejak Malaysia mencatat tiga kes pertama COVID-19 pada 25 Januari 2020. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments