Rencana : COVID-19: Pesakit Kritikal Dan Perlu Rawatan Dalam Kes Harian Baharu Bawah 3 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Ogos hingga pukul 8:30mlm 13 Ogos 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 206 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.3 juta. Lebih 185 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Di sebalik ledakan kes harian baharu COVID-19 sebanyak 21,468 kes hari ini, hanya 670 kes atau 3.1 peratus melibatkan pesakit kategori 3, 4 dan 5. Sebanyak 20,798 kes lagi atau 96.9 peratus daripada jumlah kes baharu itu termasuk dalam kategori 2 (gejala ringan) dan 1 (tiada gejala). Semalam (12 Ogos), daripada 21,668 kes harian baharu, hanya 440 kes atau 2.1 peratus melibatkan pesakit kategori 3, 4, dan 5. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments