Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Perang melawan pandemik COVID-19 banyak mengubah kehidupan masyarakat di negara ini, ada yang menjadi penganggur, tidak terkecuali peniaga dan usahawan, dengan ada yang terpaksa ‘gulung tikar’. Antara yang terkesan ialah industri fesyen dan kebanyakan terpaksa menutup butik serta premis kerana beban kewangan kos sewa dan stok tinggi meskipun tidak beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, masih ada yang tidak mudah berputus asa, sebaliknya penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri itu dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19. -BERNAMA
0 Comments