Rencana : Kambing Perap Temasya Dari Dapur Movenpick KLIA


Oleh Amanina Mohamad Yusof SEPANG (Bernama) -- Pandemik COVID-19 yang masih melanda negara ketika ini turut memberi tempias serta menjejaskan teruk sektor perniagaan termasuk industri perhotelan yang rata-ratanya diselubungi suasana suram. Hotel yang dulunya meriah dikunjungi pelancong tempatan dan luar, kini boleh dikatakan lengang dan banyak bergantung kepada kebijaksanaan pihak pengurusan untuk melakukan pelbagai cara bagi memastikan perniagaan boleh terus beroperasi pada waktu yang sukar ini. Salah sebuah hotel yang turut menerima nasib yang sedemikian ialah Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA (Movenpick KLIA), Sepang, Selangor. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments