Rencana : Lalui Pengalaman Petik Sayur Di Pasar Raya


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Revolusi teknologi pertanian membolehkan sayur-sayuran kini ditanam tanpa tanah dalam persekitaran yang terkawal di dalam bangunan, sekali gus menjamin kualiti dan keselamatan makanan. Vegetory, sebuah syarikat teknologi pertanian tempatan, memperluas konsep itu dengan mewujudkan "stesen tanaman” di dalam pasar raya di mana pelanggan memetik sendiri sayur-sayuran yang mereka mahukan.    Hasil kerjasama dengan Bangsar Shopping Centre (BSC) Fine Foods di sini sejak 2020, Vegetory menawarkan pelbagai sayur-sayuran jenis salad yang ditanam dan membesar "di depan mata” pelanggan atau in situ.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments