Rencana : COVID-19 Terus Ancam Dunia, varian Dominan Delta Dan Omicron 


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 25 Dis hingga pukul 9:00mlm 31 Dis 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.75 juta kes. Di peringkat global, lebih 287 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.4 juta. Lebih 253 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mula dikenali sebagai virus Wuhan dan kemudiannya diberi nama "2019-nCoV" (COVID-19), nampaknya dunia perlu tegar menangani pandemik cetusan koronavirus ini mungkin untuk setahun lagi. Daripada Disember 2019 sehingga ke Disember 2021, lebih 287 juta kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih lima juta kematian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa penularan berterusan varian serangkai COVID-19, Delta dan Omicron boleh menghuru-harakan sistem penjagaan kesihatan ketika dunia memasuki tahun baharu 2022. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments