Rencana : Buta, Namun Cekap Kilatkan Rim, Tayar Kenderaan


Oleh Nur Natasha Aida Ismail KUALA LUMPUR (Bernama) -- Alah bisa tegal biasa. Dia kurang upaya penglihatan, namun dek sudah biasa Muhammed Rosli Asamari mampu mengilatkan tayar dan rim kereta - tugas yang memerlukan deria penglihatan - dengan sempurna.   Malah kerana kemahirannya itu juga pemuda berusia 29 tahun ini kekal bekerja di pusat cuci kenderaan Mie Car Wash & Services di Taman Samudera, Gombak, Selangor, sejak 10 tahun lepas. Perihal pekerja buta ini tular di laman media sosial selepas pelanggan yang berpuas hati dengan mutu kerjanya memuat naik klip video tentang hasil kerja Muhammed Rosli yang menurut mereka lebih baik berbanding sesetengah individu sempurna penglihatan.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments