Rencana : Cardiac Angiosarcoma Amat Jarang Berlaku, Peluang Pulih Hampir Tiada


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Amat jarang berlaku, tanpa gejala pada peringkat awal, sukar dikesan dan jangka hayat pesakit pula amnya sekitar empat hingga 30 bulan selepas didiagnosis. Ciri-ciri tersebut menjelaskan situasi penyakit cardiac angiosarcoma, iaitu kanser pada salur darah atau otot jantung yang mana menurut pakar, peluang untuk pesakit pulih hampir tiada kerana barah jenis itu bersifat agresif. Sekalipun begitu, ada kaedah rawatan yang setidak-tidaknya membolehkan pesakit menjalani kehidupan dengan lebih baik selepas didiagnosis, seperti pembedahan dan rawatan kemoterapi serta radioterapi. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments