Rencana : COVID-19: Jangan Pandang Remeh, Omicron Terus Mengganas - WHO


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Jan hingga pukul 11:59mlm 7 Jan 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.78 juta kes. Di peringkat global, lebih 303 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.4 juta. Lebih 258 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Meskipun ‘IHU’ dan ‘Flurona’ mungkin mencetuskan ancaman kepada dunia ketika kebanyakan negara bergelut mengekang lonjakan baru kes COVID-19, varian yang dibimbangi (VOC), Omicron terus mengganas dan meragut nyawa. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya jangan ada pihak yang memandang remeh dan menyifatkan Omicron sebagai "hanya varian sederhana kerana varian itu telah meragut banyak nyawa di merata dunia.” Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dipetik berkata, “tsunami kes COVID-19 akibat varian Omicron mula memberi tekanan teruk kepada sistem kesihatan di seluruh dunia.” -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments