Rencana : COVID-19: Jutaan Kes Baharu Kerana Omicron


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman  Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 8 Jan hingga pukul 11:59mlm 14 Jan 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.80 juta kes. Di peringkat global, lebih 323 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.5 juta. Lebih 265 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jutaan kes baharu COVID-19 merebak setiap hari, sebahagian besarnya dicetuskan varian berbahaya Omicron seperti dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Lebih 15 juta kes dilaporkan kepada WHO minggu lalu dan badan dunia itu mengakui mungkin jutaan kes tidak direkod. Semalam, jumlah kes harian baharu global COVID-19 yang dilaporkan sekitar 2.76 juta. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberitahu sidang media Selasa lepas, varian Omicron masih virus berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksin dan majoriti pesakit di hospital adalah daripada golongan berkenaan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments