Rencana : COVID-19: Lonjakan Kluster Pendidikan, 62 Kluster Dikesan Dalam Tempoh Seminggu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman  TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Jan hingga pukul 11:59mlm 21 Jan 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.82 juta kes. Di peringkat global, lebih 346 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.6 juta. Lebih 276 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sekitar 70 peratus atau 62 kluster daripada 89 kluster baharu yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (15 Januari hingga 21 Januari 2022) melibatkan institusi pendidikan. Rekod kluster pendidikan tertinggi dilaporkan pada 19 Januari lepas iaitu 16 kluster daripada 20 kluster baharu yang dikesan. Semalam (21 Januari), 11 daripada 12 kluster yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kluster pendidikan, iaitu masing-masing dua (2) di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan Pahang, sementara satu(1) di Johor.  Sebelas kluster pendidikan turut dilaporkan pada 18 Januari dan 11 kluster pada 20 Januari lepas. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments