Rencana : COVID-19: Selepas Delta Dan Omicron, Ancaman 'IHU' Dan 'Flurona' ?


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 1 Jan hingga pukul 12:00tgh 7 Jan 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.77 juta kes. Di peringkat global, lebih 300 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.4 juta. Lebih 257 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- ‘IHU’ dan ‘Flurona’ mungkin mencetuskan ancaman kepada dunia dalam ketika kebanyakan negara terus bergelut mengekang lonjakan baru kes COVID-19 akibat varian Delta dan terkini, Omicron. Para saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu berkenaan, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU. Menurut laporan media antarabangsa Selasa lepas, kes IHU dikaitkan dengan pengembara yang pulang ke Perancis dari Cameroon, terletak di bahagian tengah Afrika dengan 12 kes dikesan di Marseille, selatan Perancis setakat ini.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments