Rencana : Gaya Hidup Tidak Sihat Semasa PKP Berisiko Tingkatkan Penyakit Kardiovaskular - Pakar


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sejak sekian lama, penyakit berkaitan kardiovaskular kekal  sebagai penyebab utama kematian di negara ini, dan berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia, pada 2019 sahaja 23 peratus kematian pada tahun itu adalah disebabkan penyakit tersebut. Pemerhatian pakar pula mendapati semakin ramai golongan muda yang menghidap penyakit yang mendedahkan mereka kepada serangan jantung itu. Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Universiti Malaya Prof Madya Dr Muhammad Dzafir Ismail, lebih membimbangkan ialah sepanjang pelaksanaan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, kebanyakan rakyat mengamalkan gaya hidup tidak sihat.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments