Rencana : Meraikan Harimau Malaya Di 'Kwai Chai Hong' Sempena Tahun Baru Cina


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- 'Kwai Chai Hong' dalam bahasa Kantonis pasar bermaksud 'Lorong Hantu Kecil' tetapi lorong yang ada di hadapan saya sedikit pun tidak menimbulkan rasa seram, malah, suasana sekeliling begitu cantik, sejuk mata memandang. Sebenarnya saya pernah menelusuri lorong sepanjang kira-kira 36 meter itu tidak lama dahulu dan sudah tentu saya begitu terpegun tatkala kaki melangkah menghampiri lokasi berkenaan baru-baru ini. Terletak antara Lorong Panggung dan Jalan Petaling, di kota metropolitan Kuala Lumpur, lorong ini semakin menjadi tarikan ramai menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang akan diraikan pada 1 dan 2 Februari 2022. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments