Rencana : Nanas MD2 Tawar Pendapatan Hingga RM80,000 Seekar - Usahawan Tani


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Berpotensi menghasilkan pendapatan hingga RM80,000 bagi setiap ekar (0.4 hektar), perladangan nanas MD2 sememangnya berbaloi diteroka, dan Hasnul Amri Jamaluddin dari Johol, Negeri Sembilan antara yang sanggup meninggalkan kerjaya berpejabat dan menceburi bidang itu.    Hasnul Amri, 27, menukar kawasan bertanah mineral di lereng bukit seluas lapan ekar miliknya kepada ladang nanas MD2 yang dijangka mengeluarkan hasil pertama pada Mei ini. Menurut usahawan muda itu, selain pulangan lumayan, tanaman nanas juga tidak banyak “kerenah” dan buah pula boleh menghasilkan pelbagai produk lain seperti jus yang semakin popular dalam kalangan masyarakat. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments