Rencana : Nasi Kandaq Transporter Mamu Zir: Mai Penang, Cedok Makan Di KL


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) --  Apa yang dilakukan oleh Mohamed Hidzir Mohamed Nordin ini sudah tentunya satu BERITA BAIK bagi peminat nasi kandar yang sebelum ini mungkin terpaksa memandu ratusan kilometer hanya untuk menikmati hidangan yang begitu sinonim dengan Pulau Pinang. Sejak 7 Disember 2021, anak jati pulau mutiara itu yang mesra dikenali sebagai Mamu Zir, menggunakan syarikatnya, Nasik Kandaq Transporter (NKT) untuk membawa terus nasi kandar terpilih, dari restoran kegemaran ramai di pulau berkenaan. Menurut Mohamed Hidzir, 42, pelanggan boleh menikmati nasi kandar yang dipesan, buat masa ini, di NKT SUURR - No 1-1 Jalan Equine 10F, Taman Equine, Seri Kembangan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments