Rencana : Penghidap Osteosarkoma Cekal Cari Pendapatan Bantu Keluarga


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) --  Keceriaan Muhammad Naim Azly Robort Rashid ketika mempromosikan pelbagai jenis produk jualannya menerusi platform pasaran dalam talian, menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya sedang bertarung dengan kanser tulang, atau osteosarkoma, tahap empat. Tidak mahu bergantung pada bantuan, pemuda berusia 22 tahun dari Terengganu itu yang kini berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) selepas kaki kanannya terpaksa dipotong dari paras lutut bagi menghalang kanser merebak ke bahagian lain, cekal mencari pendapatan untuk membiayai keperluan perubatannya selain membantu ibu bapa menyara keluarga.  “Bukan sikap saya untuk bersedih dengan nasib yang menimpa. Saya terima keadaan saya dan saya mahu teruskan hidup dengan melakukan perkara berfaedah,” katanya, membuka cerita ketika dihubungi Bernama, baru-baru ini. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments