Rencana : Sistem Braille, Perjanjian Marrakesh Terus Perkasa OKU Penglihatan


Oleh Erda Khursyiah Basir Artikel ini sempena Hari Braille Sedunia yang disambut pada 4 Januari setiap tahun. KUALA LUMPUR (Bernama) --  Muhammad Adib Azim Jaswan dilahirkan sihat tetapi pada usia lima tahun, putera kepada Ilyana Mohd Ali ini terpaksa hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan apabila kedua-dua belah matanya terpaksa dibuang kerana penyakit kanser. Begitu pilu hati seorang ibu yang terpaksa menerima hakikat perjalanan hidup anak ketiganya itu, yang kini berusia 11 tahun dan mesra dengan panggilan Adib. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments