Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Selepas dua tahun “berehat” akibat pandemik COVID-19, “singa” dan “naga” kembali beraksi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini yang akan dirai bermula esok. Malah, sesetengahnya sudah sibuk menunjukkan kemahiran masing-masing sejak awal bulan ini, memenuhi undangan pelbagai pihak selepas kerajaan memberikan kebenaran untuk mereka membuat persembahan bersempena perayaan tersebut tahun ini. Tarian singa atau “wu shi” dalam bahasa Mandarin boleh dianggap sebagai antara pelengkap sambutan Tahun Baharu Cina kerana kaum Tionghoa percaya tarian itu membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di kediaman atau premis perniagaan masing-masing. -BERNAMA
0 Comments