Rencana : COVID-19: Jangkitan Berulang Boleh Beri Impak Psikologi


Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Sewaktu dijangkiti COVID-19 kali kedua pada awal tahun ini saya berasa ‘down’, tertekan dan stres kerana takut untuk melalui pengalaman yang sama sewaktu terkena jangkitan kali pertama pada Mac 2020. “Ketika jangkitan kali pertama, saya terpaksa duduk di Hospital Sungai Buloh selama 14 hari dan bergantung sepenuhnya pada mesin oksigen. Untuk jangkitan kali kedua, saya dimasukkan ke hospital yang sama untuk 11 hari tetapi hanya perlu menggunakan mesin bantuan oksigen selama tiga hari, ” demikian perkongsian Muhamaad Faizal Awang Kechil, 26, kepada Bernama baru-baru ini.  Beliau yang bekerja sebagai eksekutif jualan disahkan positif COVID-19 kali kedua selepas tiga hari mendapat suntikan ‘booster’ penggalak. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments