Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Jan hingga pukul 11:59mlm 4 Feb 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.89 juta kes. Di peringkat global, lebih 390 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.7 juta. Lebih 309 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 225 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR(Bernama) -- Malaysia kini berdepan dengan 63,395 kes aktif COVID-19 apabila 7,234 lagi kes dilaporkan semalam sementara kumulatif kes kematian setakat ini sebanyak 32,011. Kali terakhir negara mencatat kes sekitar tujuh (7) ribu adalah pada 16 Oktober 2021 iaitu sebanyak 7,509 kes. Kes kumulatif COVID-19 Malaysia pula meningkat kepada 2,895,014 sejak pandemik COVID-19 melanda negara dengan tiga kes pertama, melibatkan tiga warga China, yang memasuki negara ini melalui Johor dari Singapura, dikesan pada 25 Januari 2020. -
BERNAMA
0 Comments