Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sambutan Tahun Baharu Cina melambangkan permulaan tahun baharu dalam kalendar lunar Cina dan disambut selama 15 hari oleh masyarakat Cina di seluruh dunia. Bermula dengan hari pertama sehinggalah hari ke-15, masyarakat Cina akan menyambutnya dengan penuh adat dan tradisi serta pantang-larang, mengikut dialek masing-masing, yang mempunyai makna tersendiri. Lazimnya, hari pertama dan kedua tahun baharu adalah sambutan terbesar buat masyarakat Cina di seluruh dunia, bermula dengan makan besar sehari sebelumnya sehinggalah aktiviti kunjung-mengunjung dan upacara penyembahan nenek moyang di rumah pada hari keduanya. -BERNAMA
0 Comments