Rencana : Pematuhan Peraturan Dan Pemanduan Defensif Boleh Elak Kemalangan, Kata Pakar


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kemalangan jalan raya antara cabaran sukar yang perlu ditangani oleh negara ini yang merekodkan purata 17 kematian saban hari dengan kebanyakannya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Malah media baru-baru ini melaporkan negara mencatatkan satu kematian akibat nahas jalan raya bagi setiap 84 minit, dan menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin, kira-kira 12 kemalangan maut dilaporkan setiap hari pada peringkat awal penularan pandemik COVID-19, berbanding 17 kes pada 2019.   Bagaimanapun katanya angka itu kembali meningkat selepas sekatan pergerakan dilonggarkan sejak Oktober tahun lepas. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments