Rencana : COVID-19: 455 Juta Orang Dijangkiti, Enam Juta Maut Dalam Tempoh Dua Tahun


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Mac hingga pukul 11:59mlm 11 Mac 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 3.77 juta kes. Di peringkat global, lebih 455 juta kes dilaporkan dengan kes kematian lebih 6 juta kes. Lebih 388 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 227 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Masih belum berakhir.” Ini senario terkini selepas dua tahun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020 yang setakat ini menjangkiti lebih 455 juta orang di seluruh dunia dan meragut enam juta nyawa. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada 9 Mac lepas mengingatkan, pandemik COVID-19 masih jauh untuk dianggap telah berakhir, meskipun jumlah kes serta kematian di seluruh dunia menunjukkan penurunan, dan beberapa negara menarik balik pelbagai sekatan. “Pandemik ini tidak akan berakhir di mana-mana sehingga ianya berakhir di mana-mana. Banyak negara di Asia dan Pasifik masih menghadapi peningkatan kes serta kematian. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments