Rencana : Jenayah Buang Bayi : Selamatkan Insan Kecil Tidak Berdosa


h Oleh Balkish Awang Trend buang bayi  masih berterusan di negara ini walaupun pelbagai cara dilakukan untuk menangani jenayah tersebut termasuk yang melibatkan golongan remaja. Dalam usaha mengurangkan kes pembuangan bayi, pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan OrphanCare amat proaktif menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat agar perkara sedemikian tidak dipandang enteng, antaranya mewujudkan Peti Pelindung Bayi atau ‘Baby Hatch” sejak tahun 2010 demi menyelamatkan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Wartawan Bernama, Balkish Awang mengupas peranan Yayasan OrphanCare yang sentiasa komited dalam memastikan nasib bayi dibuang terbela dan dapat memperoleh kehidupan yang sempurna bersama keluarga angkat. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebaik sahaja kedengaran dentingan berkali-kali loceng penggera, meskipun malam sudah larut, penjaga di Yayasan OrphanCare akan segera bergegas ke bilik peti pelindung bayi atau ‘Baby Hatch’. Buat sekian kalinya, ada bayi perlu diselamatkan!  Peti pelindung mengandungi katil bayi serta penghawa dingin beroperasi sepanjang minggu, 24 jam sehari. Sebaik sahaja bayi dimasukkan ke dalam peti itu, bunyi loceng akan kedengaran dan lampu dalam bilik akan menyala. Peti itu secara automatik akan terkunci sejurus bayi diletakkan dan si "pemberi" tidak boleh lagi mengambil atau melihatnya semula setelah peti berkenaan tertutup. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments