Rencana : Perkasa Kraf OKU Melalui Platform Dalam Talian


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kedua-dua kakinya lumpuh kerana dijangkiti polio sejak berusia sembilan tahun, namun kecacatan ini tidak menghalang Eng Kim Loong, 65, untuk berdikari, mencari rezeki dengan menghasilkan kraf tangan menggunakan rotan. Duduk di lantai sambil kedua tangannya begitu cekap menganyam bilah buluh untuk dijadikan bakul, penulis begitu kagum dengan ketekunan beliau yang sudah 30 tahun menceburi bidang kraftangan rotan. Bakul dan set buaian rotan adalah dua barangan yang beliau hasilkan dan setakat ini, menurut Kim Loong, beliau hanya menjalankan perniagaan itu di rumah berdasarkan tempahan pelanggan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments