Rencana : PIPKB 2040 Diyakini Noktahkan Kemelut Pembangunan Kampung Baru


Oleh Nurqalby Mohd Reda & Nurhafizah Tan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Isu pembangunan semula Kampung Baru yang berlarutan sejak berpuluh tahun dijangka menemui noktah apabila Pelan Induk Pembangunan Kampong Bharu 2040 (PIPKB 2040) yang dilancarkan pada 25 Nov tahun lepas, direalisasikan. Pelan itu merupakan kerangka hala tuju baharu pembangunan perkampungan di tengah-tengah ibu kota tersebut bagi tempoh 20 tahun akan datang setelah perancangan yang dibuat sebelum ini dilihat berdepan pelbagai halangan termasuk kurang sokongan penduduk. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika berucap melancarkan pelan itu  berkata PIPKB 2040 lebih realistik dan boleh dilaksanakan menerusi pendekatan pembangunan berfasa yang lebih berfokus, sekali gus mewujudkan pembangunan fizikal dengan persekitaran yang dapat menjamin kesejahteraan hidup berkualiti. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments