Rencana : Semangat Kental Pemimpin Wanita Dalam Dunia Lelaki Jamin Kejayaan 


Oleh Soon Li Wei Artikel ini bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun. PUTRAJAYA (Bernama) -- Kata orang dulu-dulu, tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia, dan sememangnya kemampuan kaum hawa tidak lagi boleh disangkal, baik dalam membesarkan anak sehingga menjadi orang berjaya mahupun mereka sendiri mencipta nama di persada dunia.   Dalam konteks Malaysia, dasar dan agenda kerajaan yang menekankan aspek pemerkasaan wanita sejak beberapa dekad lalu menunjukkan impak positif apabila semakin ramai kaum hawa mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.  Malah, penyertaan kaum wanita dalam pasaran tenaga kerja di negara ini juga melebihi kaum lelaki seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, iaitu tenaga buruh wanita berjumlah 6.23 juta orang atau 55.1 peratus setakat 28 Feb lepas. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments