Rencana : Waspada Risiko Diabetes Bagi Kanak-kanak Dijangkiti COVID-19


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sejak kes pertama COVID-19 dikesan di Wuhan, China pada penghujung 2019, lebih enam juta maut akibat virus itu yang hingga kini menjangkiti sekitar 455 juta penduduk dunia dengan 3.77 juta orang adalah di Malaysia termasuk lebih 33,800 daripadanya meninggal dunia. Dalam kalangan yang pulih pula, ada yang mengalami kesan long COVID yang berterusan antara tiga hingga enam bulan selepas sembuh, dan antara gejala yang dialami ialah cepat letih dan mengalami masalah tidur. Hingga kini pelbagai kajian masih dijalankan oleh saintis serta penyelidik termasuk bagi mengenal pasti kesan COVID-19 terhadap mereka yang dijangkiti. Terbaharu pada 7 Jan lepas, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengeluarkan hasil kajiannya yang mendapati berlaku peningkatan kes diabetes yang ketara dalam kalangan golongan berusia 18 tahun ke bawah.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments