Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bagi pekerja kedai buku terpakai dalam talian Books and Bobs, membuka kotak mengandungi buku-buku terpakai ibarat menyelongkar peti harta karun yang kadangkala menemukan mereka dengan "khazanah” yang mempunyai nilai tersendiri. “Setiap kali ada kotak sampai, kita akan buka dan belek dengan teliti buku yang diterima kerana adakala buku terbabit mempunyai autograf penulis dan ada juga buku edisi pertama,” kata pemilik Books and Bobs Rachel Ang. Sekalipun begitu, Ang berkata setiap buku terpakai yang diterima, sama ada sumbangan mahupun yang dibeli daripada orang ramai, mempunyai nilai masing-masing. -BERNAMA
0 Comments