Rencana : COVID-19: Kes Harian Kembali Atas 2,000; KKM Kesan Dua Subvarian Omicron


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Jun hingga pukul 11:59mlm 10 Jun  2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4,52 juta kes. Di peringkat global, lebih 539 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.32 juta kes. Lebih 512 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 kembali melepasi angka 2,000 semalam (9 Jun) setelah bertahan selama hampir dua minggu bawah paras berkenaan. Daripada 2,166 kes harian baharu yang dilaporkan semalam, Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 918 kes, diikuti WP Kuala Lumpur 487 kes, Pulau Pinang 152 kes dan Perak 113 kes. Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Negeri Sembilan 88 kes, Sabah 87 kes, WP Putrajaya 60 kes, Johor 57 kes, Melaka 54 kes, Kedah 51 kes, Sarawak 47 kes, Pahang 28 kes dan Kelantan 15 kes. Tiga buah negeri mencatat kes satu angka iaitu Terengganu enam (6) kes, Perlis dua (2) kes dan WP Labuan satu (1) kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments