Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Jun hingga pukul 12:00tgh 24 Jun 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.54 juta kes. Di peringkat global, lebih 547 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.34 juta kes. Lebih 522 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Trend peningkatan kes harian baharu COVID-19 berterusan minggu ini dengan hampir 3,000 kes dilaporkan semalam (23 Jun) termasuk kes import sebanyak 209 kes. Untuk rekod, kes harian baharu sebanyak 2,796 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam adalah yang tertinggi setakat ini untuk bulan Jun 2022. Secara keseluruhannya, sebanyak 13,052 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan untuk tempoh enam hari Rangkuman Bernama 18 Jun hingga 23 Jun 2022 berbanding 11,647 kes untuk tempoh sama, 11 Jun hingga 16 Jun 2022. -
BERNAMA
0 Comments