Rencana : Fasa Peralihan Endemik Tiup Nafas Baharu Industri Pelancongan Kesihatan


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ancaman COVID-19 masih belum berakhir sepenuhnya, namun boleh dikatakan rakyat kini berasa sedikit lega selepas kerajaan menarik balik hampir keseluruhan sekatan yang dikenakan terhadap semua sektor dalam usaha mengekang musuh halimunan itu sebelum ini. Ekonomi Malaysia yang hampir lumpuh akibat sekatan pergerakan selama dua tahun itu, kini bertatih untuk kembali mara, dan bagi sektor pelancongan yang merupakan aktiviti ekonomi paling teruk terjejas, April 2022 memberikan nafas baharu kepada sektor tersebut apabila sempadan negara dibuka semula. Pembukaan semula sempadan negara sejak 1 April lalu yang merupakan antara persediaan ke fasa endemik, menyaksikan ketibaan pelawat asing ke negara ini dan peningkatan tempahan pakej pelancongan yang seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain industri dan pihak berkepentingan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments