Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 18 Jun hingga pukul 11:59mlm 24 Jun 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.55 juta kes. Di peringkat global, lebih 548 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.34 juta kes. Lebih 523 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan kes kumulatif Malaysia meningkat kepada sebanyak 4,552,359. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hinggs 17 Jun) sebanyak 13,177 kes. Sebanyak 2,512 kes harian baharu dilaporkan semalam (24 Jun) berbanding 2,796 kes yang dilaporkan pada 23 Jun, iaitu angka yang tertinggi setakat ini untuk bulan Jun 2022. -BERNAMA
0 Comments