Rencana : Memperkasakan Pelaut Wanita Malaysia


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) --  Cita-cita sebenar Hakimah Saiful Bahri ingin menjadi peguam, namun segalanya berubah apabila anak kelahiran kota metropolitan Kuala Lumpur ini melihat iklan Akademi Laut Malaysia (ALAM) untuk jawatan kadet wanita.  “Selepas dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2007, saya banyak melihat ruangan iklan dalam suratkhabar kalau-kalau ada tawaran biasiswa untuk lanjut pelajaran. Bila nampak iklan ALAM, hati saya terus tergerak untuk memohon meskipun saya bercita-cita mahu jadi peguam. “Saya bayangkan diri saya menjadi pelaut dan belayar ke seluruh dunia. Sebenarnya belum ada sesiapa pun dalam keluarga saya yang menyertai industri maritim,” kongsi Hakimah, mengenai pengalamannya sebagai pelaut di Seminar Kebangsaan Women’s Network in the Maritime Community 'Training-Visibility-Recognition' yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.    -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments