Rencana : Rasa Cinta Terhadap Makanan Malaysia Angkat Dayana Wong Ke Persada Antarabangsa


Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kerinduannya terhadap makanan Malaysia sepanjang mengikuti pengajian di luar negara namun kecewa dengan apa yang ditemukan, membakar semangat Nur Dayana Wong untuk mengumpul dan membukukan resipi kudapan kegemarannya, membuahkan "Penang Makan". Lebih membanggakan, usaha sulung wanita berusia 32 tahun itu berjaya memikat hati para juri 27th Gourmand Awards di Sweden awal bulan ini yang menobatkan buku masakan beliau sebagai pemenang kategori makanan jalanan, mengatasi pengolah resipi antaranya institut kulinari China, Future Food Studio menerusi “Shanghai Jianbing Street Food”, "Comida Callejera Guatemala”, "Bak Fritay” (Haiti) dan “My Street Food Kitchen” dari United Kingdom (UK). Berkongsi perjalanan buku itu dengan Bernama baru-baru ini, anak jati Pulau Pinang tersebut berkata beliau mula mengumpul resipi selepas menamatkan pengajian Sarjana Sains dalam Perniagaan Antarabangsa di Hult Business School, London, UK.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments