Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Terus Meningkat Sepanjang Minggu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 25 Jun hingga pukul 12:00tgh 1 Julai 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.56 juta kes. Di peringkat global, lebih 552 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.35 juta kes. Lebih 527 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah.   KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes harian baharu COVID-19 terus meningkat sepanjang minggu ini dengan semalam (30 Jun) sebanyak 2,867 kes, yang tertinggi untuk bulan Jun 2022. Dengan 2,867 kes semalam, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 meningkat kepada 29,434 kes sementara kes kumulatif kini sebanyak 4,566,055. Daripada 2,867 kes semalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) melaporkan kes harian baharu tertinggi sebanyak 906 kes, diikuti Selangor 881, Negeri Sembilan 168, Sabah 154, Perak 143 dan Pulau Pinang 119. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments