Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- “Dari mana punai melayang, dari paya turun ke padi, dari mana datangnya sayang, dari mata turun ke hati.” Diambil makna pantun empat kerat itu, tidak menghairankan jika ramai antara kita yang mendambakan sepasang mata yang cantik, dan bagi penduduk di Asia yang rata-rata bermata gelap dan coklat gelap, pasti ada yang mengimpikan warna-warna persis “mat dan minah salleh”. Warna anak mata atau iris, seperti juga warna kulit dan rambut, dipengaruhi oleh kadar kandungan melanin, iaitu sejenis pigmen yang menentukan warna dan berfungsi melindungi organisma hidup daripada pancaran sinar ultraungu matahari. Oleh itu, penduduk di wilayah yang menerima pancaran matahari terik sepanjang tahun seperti Asia, lazimnya mempunyai kulit yang lebih gelap, rambut hitam dan mata berwarna gelap atau coklat gelap. -
BERNAMA
0 Comments