Ekonomi : Konsortium MISC dianugerahi ikatan carter jangka panjang oleh QatarEnergy 


KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- MISC Bhd, melalui konsortium dengan Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (NYK), Kawasaki Kisen Kaisha Ltd (K-Line) dan China LNG Shipping (Holdings) Ltd (CLNG), telah dianugerahkan ikatan carter jangka panjang (TCPS) oleh QatarEnergy, sebuah syarikat petroleum milik Qatar untuk tujuh kapal pengangkut gas asli cecair (LNGC) baharu berkapasiti 174,000 meter padu yang akan dibina oleh Hyundai Heavy Industries Co Ltd. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments