Rencana : Korban COVID-19 Kini 36,009


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 30 Julai hingga pukul 11:59mlm 5 Ogos 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.70 juta kes. Di peringkat global, lebih 587.5 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.43 juta kes. Lebih 557.9 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia lebih dua tahun lalu setakat semalam (5 Ogos) meragut 36,009 nyawa dengan kumulatif kes meningkat kepada 4,701,140. Kes COVID-19 yang masih aktif dalam negara pula sebanyak 46,506 dan daripada jumlah itu, sebanyak 96.4 peratus (44,843 kes) menjalani kuarantin di rumah. Sejumlah 28,141 kes harian baharu direkod sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama (30 Julai - 5 Ogos) berbanding 28,884 kes untuk tempoh yang sama (23 Julai - 29 Julai). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments