Rencana : Nyayang, Veteran Pengakap Sempadan Sarawak "Yang Tidak Didendang"


Oleh Ibrahim Mahsen KANOWIT (Bernama) -- Hampir lima dekad berlalu, namun kejadian dihujani peluru sekumpulan pengganas komunis pada 30 Mac 1973 ketika berperahu  di Sungai Kanowit, masih segar dalam ingatan Nyayang Angie. Pada usia 91 tahun, memori bekas anggota Pengakap Sempadan Sarawak itu ternyata masih kuat untuk mengimbas kejadian pada petang hari tersebut yang turut menyaksikan seorang rakan seperjuangannya cedera di mulut, terkena peluru musuh. “Kami berempat sahaja (ketika itu), berbalas tembak dengan komunis dari pukul empat hingga enam petang,” kongsinya ketika ditemui media selepas sambutan Hari Pahlawan Bahagian Sibu, di Monumen Pahlawan Kanowit di sini baru-baru ini.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments