Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 24 Sept hingga pukul 12:00tgh 30 Sept 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.83 juta kes. Di peringkat global, lebih 622 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.54 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 602 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia masih mempunyai sebanyak 25,174 kes aktif COVID-19 setakat semalam (29 September) dengan 95.6 peratus (24,071 kes) menjalani kuarantin di rumah. Kes harian baharu COVID-19 sepanjang bulan September ini terus kekal di bawah paras 2,500 dengan 1,867 dilaporkan semalam (29 September) termasuk empat (4) kes import. Setakat ini, kes terendah untuk September adalah sebanyak 1,186 (26 Sept) dan tertinggi sebanyak 2,445 (28 Sept). -
BERNAMA
0 Comments