Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Enam Hari Meningkat 25 Peratus


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Okt hingga pukul 12:00tgh 21 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.87 juta kes. Di peringkat global, lebih 632 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.57 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 610 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu untuk tempoh enam hari (15 Okt-20 Okt) meningkat 25 peratus kepada 11,674 kes dengan angka kes harian tertinggi semalam (20 Okt) sebanyak 2,561 kes. Ini berbanding 9,330 kes harian baharu untuk enam hari, 8 Okt-13 Okt. Angka kes harian baharu melepasi 2,000 untuk tiga hari sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 15 Okt-20 Okt 2022 iaitu 2,023 (15 Okt), 2,295 (19 Okt) dan 2,561 (20 Okt). Kes terendah untuk tempoh Rangkuman ini pada 17 Oktober iaitu 1,210 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments