Rencana : COVID-19: Jumlah Kes Harian Baharu Seminggu 13,930 Kes, XBB Dikesan Di Malaysia


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 15 Okt hingga pukul 11:59mlm 21 Okt 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.87 juta kes. Di peringkat global, lebih 632 juta kes dilaporkan dengan kes kematian sekitar 6.58 juta kes. Jumah pesakit COVID-19 yang sembuh dilaporkan lebih 611 juta. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 negara untuk tempoh seminggu lepas (15 Okt-21 Okt) meningkat 20 peratus kepada 13,930 kes dengan angka kes harian tertinggi sebanyak 2,561 pada 20 Oktober. Ini berbanding 11,561 kes harian baharu untuk tempoh yang sama, 8 Okt-14 Okt. Angka kes harian baharu melepasi 2,000 untuk empat hari sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama 15 Okt-21 Okt 2022 iaitu 2,023 (15 Okt), 2,295 (19 Okt), 2,561 (20 Okt) dan 2,256 (21 Okt).  Kes terendah untuk tempoh Rangkuman ini pada 17 Oktober iaitu 1,210 kes. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments